Membongkar rahsia REIT.
Bagi kebanyakan orang, pelaburan harta tanah hanya terhad kepada pemilikan kediaman tanpa memikirkan sangat mengenai pemilikan kompleks membeli belah, gudang industri atau bangunan pejabat dan sebagainya. Pelabur harta tanah kini boleh mengembangkan ruang lingkup pelaburan mereka dengan REIT (disebut “reet”).
Apa itu REIT?
Amanah pelaburan harta tanah atau REIT merupakan alat pelaburan kolektif (biasanya dalam bentuk dana amanah) yang mengumpulkan wang daripada pelabur dan menggunakan modal terkumpul itu untuk membeli, mengurus dan menjual aset harta tanah, seperti bangunan kediaman dan komersial, lot kedai atau industri, atau aset berkaitan dengan harta tanah (misalannya, saham dalam syarikat harta awam tersenarai, sekuriti hutang tersenarai atau tidak tersenarai dan sebagainya). Objektifnya adalah untuk mendapat pulangan pelaburan yang munasabah. Pulangan diperoleh daripada bayaran sewa dan sebarang kenaikan modal yang diperoleh daripada pemegangan aset harta tanah tersebut bagi sesuatu tempoh. Pemegang unit akan menerima pulangan mereka sama ada dalam bentuk dividen atau pengagihan atau untung modal bagi tempoh pemegangan.
Bagaimana REIT dilaksanakan?
Hubungan tiga hala antara pemegang unit/pelabur, syarikat pengurusan dan pemegang amanah diikat oleh undang-undang dengan ikatan amanah. Ikatan amanah pada asasnya ialah satu dokumen formal yang menggariskan objektif dan dasar REIT, serta kewajipan dan tanggungjawab syarikat pengurusan dan pemegang amanah.
Pada dasarnya, REIT dilaksanakan sama seperti mana-mana dana unit amanah yang membabitkan pihak yang berikut:

0 comments:
Post a Comment