Contoh Pengiraan

>> May 15, 2007

CONTOH PENGIRAAN

Anda dikehendaki menganggarkan sewa tahunan dan nilai modal sebuah pawagam di Bandar XYZ. Pawagam tersebut merupakan satu-satunya pawagam di bandar tersebut.

Berikut adalah maklumat yang dikumpulkan berkenaan pawagam tersebut:

1. Bilangan pertunjukan – Isnin hingga Jumaat (4 pertunjukan sehari)
- Sabtu dan Ahad (5 pertunjukan sehari)

2. Pendapatan daripada jualan tiket seperti dalam Jadual 1 di bawah:



3. Secara purata dalam setahun, jumlah penonton adalah sebanyak 60%.

4. Pendapatan lain (setahun):

- Iklan .................................RM24,303
- sewa gerai ........................RM2,772
- tempat letak kereta .......RM51,330

5. Kos sewaan (setahun):
- sewa filem ........................RM102,678
- tempahan filem ...............RM5,177

6. Perbelanjaan kerja (setahun)
- Gaji kakitangan...................RM 637,887
- Lesen & permit ...................RM6,940
- Iklan ............................RM2,577
- Pengangkutan .....................RM6,243
- Bil elektrik dan air..............RM5,936
- Alat tulis & cetakan..........RM2286
- telefon, faks & pos...........RM1,172
- Belanja am........................RM6,316
- kelengkapan projektor.............RM1,610
- karbon projektor..................RM3,000
- Pencucian.........................RM886
- senggaraan........................RM51,943
- Insuran...........................RM13,688
- kadaran dan cukai tanah...........RM17,325

7. Modal yang dikeluarkan untuk generator, projektor, siaraya, kenderaan dan benda lekat mati adalah berjumlah RM431,244 dan faedah pinjaman atas modal tersebut ialah 12% setahun.

8. Pulangan yang diharapkan oleh pengusaha daripada perniagaan tersebut ialah 40%.

9. Kadar pulangan bagi harta tanah yang serupa ialah 10% setahun.

Pendapatan jualan tiket untuk satu pertunjukan (semua tiket dijual):

110 @ RM3.30 RM 363.00
408 @ RM2.75 RM1,122.00
216 @ RM1.40 RM 302.40
90 @ RM 1.05 RM 94.50
----------------
Jumlah RM1,881.90

Pendapatan jualan tiket seminggu:

- Isnin - Jumaat (4 pertunjukan/hari) 20 pertunjukan @ RM1,881.90 RM37,638

- Sabtu - Ahad (5 pertunjukan/hari) 10 pertunjukan @ RM1,881.90 RM18,819
----------------
Jumlah _RM56,457_

Pendapatan setahun (jika semua tiket dijual) 52 @ RM56,457 RM2,935,764

Diberi peratus jualan tiket 60% maka pendapatan daripada jualan tiket :

0.60 x RM2,935,764 = RM1,761,458.40
Katakan RM1,761,500




KEKURANGAN

  • Sangat bergantung kepada data-data yang diperoleh daripada akaun sebenar perniagaan. Ketepatan nilaian bergantung kepada sejauhmana akaun merekodkan keluar-masuk wang yang sebenar.
  • Pendapatan dan perbelanjaan selalunya berbeza dari tahun ke setahun. Dalam kaedah ini kita perlu puratakan pendapatan-perbelanjaan tersebut. Perkara ini mungkin tidak memberi gambaran sebenar potensi perniagaan di masa hadapan (meningkat atau menurun).

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP