Tatacara Pembayaran
>> May 8, 2007
Apabila sesuatu pembelian telah dipersetujui, pembayaran kepada pemaju/ pemilik hendaklah dibuat oleh agensi tersebut. Berdasarkan panduan sebagaimana dinyatakan di di dalam SPP Bil. 1 Tahun 2003, pembayaran adalah berdasarkan kategori pembelian jenis harta tanah tersebut. Ianya adalah seperti berikut:-
(a) Pembelian Tanah Kosong- 10% - selepas S&P ditandatangani
- 85% - setelah Brg P/Milik diserah utk pendaftaran di Pejabat Tanah
- 5% - Baki dibayar setelah hakmilik didaftar atas nama PTP
(b) Pembelian Tanah Beserta Keperluan Infrastruktur
- 10% - selepas S&P ditandatangani
- 40% - setelah Brg P/Milik diserah untuk pendaftaran di Pejabat Tanah
- 10% - setelah h/milik didaftar atas nama PTP
- 40% - dibayar mengikut kemajuan penyediaan infrastruktur
(c) Pembelian Tanah dan Bangunan Telah Siap Atau Dalam Pembinaan
- Harga bangunan yang telah siap dibayar sepenuhnya (100% harga bangunan)
- Untuk bangunan yang dalam pembinaan, ianya dibayar mengikut kemajuan
- Sekiranya pembelian melibatkan ubahsuai bangunan, bayaran mengikut kemajuan fizikal sebenar dan 5% ditahan sehingga 12 bulan (tamat tempoh tanggungan kecacatan)
- Bayaran harga tanah adalah berdasarkan peraturan (a)
(d) Pembelian Melibatkan Bangunan Skim Strata
- 10% - dari harga pembelian
- 85% - mengikut kemajuan pembinaan bangunan
- 5% - selepas hakmilik strata didaftarkan atas nama PTP
0 comments:
Post a Comment