Jawatankuasa Runding Harga (JRH)

>> May 8, 2007

Apabila sesuatu agensi ingin membuat sesuatu pembelian secara terus melalui rundingan harga daripada pemilik yang berdaftar/ pemaju, agensi tersebut perlu memohon dan mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Kementerian Kewangan dengan mengemukakan perakuan daripada JKPTG.
Bagi pembelian kategori ke 3, agensi hendaklah memohon kelulusan daripada Jawatankuasa Pengawas Ke Atas Harta-harta Kerajaan (JPHK), Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM. Permohonan perlu disertakan dengan kelulusan Kementerian Kewangan bersekali dengan perakuan JKPTG.
Apabila permohonan telah diluluskan dan apabila nilaian telah disediakan, satu Jawatankuasa Runding Harga (JRH) diperingkat agensi hendaklah ditubuhkan. Anggota JRH hendaklah dianggotai oleh wakil-wakil daripada JKPTG, JPPH dan dipengerusikan oleh pegawai agensi tersebut yang dilantik secara bertulis oleh Ketua Setiausaha Kementerian/ Ketua Jabatan. (Kebiasaannya, KSU atau Setiausaha Bahagian akan mempengerusikan mesyuarat ini).
Jawatankuasa Runding Harga diwujudkan bagi berfungsi seperti berikut :-
  • Mendapatkan maklumat tanah yang lengkap,
  • Memastikan tanah yang dibeli bebas dari sebarang bebanan,
  • Mengadakan rundingan harga dengan pemaju/ pemilik untuk mendapatkan harga yang terbaik dan berpatutan,
  • Memaklumkan dan merundingkan terma bagi Perjanjian Jual Beli, dan
  • Memperakukan harga yang telah dirunding kepada Lembaga Perolehan Agensi (LPA) untuk keputusan muktamad.

Sekiranya Jawatankuasa gagal mendapatkan persetujuan harga dan terma, maka Jawatankuasa boleh memperakukan kepada Ketua Agensi masing-masing untuk membatalkan pembelian tersebut.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP