Tatacara Pembelian Tanah Oleh Kerajaan

>> May 7, 2007

Pembelian tanah oleh kerajaan daripada orang perseorangan, syarikat dan perbadanan adalah berbentuk :

  1. Tanah kosong
  2. Tanah kosong beserta cadangan keperluan infrastruktur
  3. Tanah beserta bangunan sama ada telah siap atau sedang dalam pembinaan (termasuk skim strata)

Terdapat beberapa prasyarat yang perlu diikuti sebelum sesuatu tanah itu boleh dibeli. Ringkasan prasyarat tersebut adalah seperti berikut:-

  1. Pemilik telah memiliki hakmilik bagi tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun,
  2. Bebas dari sebarang bebanan dan sekatan,
  3. Syarat kegunaan tanah tidak menghalang daripada sebarang pembangunan yang dicadangkan,
  4. Tanah pegangan kekal atau pajakan (sekurang2nya 60 tahun)
  5. Tanah tidak boleh bertaraf tanah kerajaan, tanah rezab,tanah adat atau tanah anak negeri. Sekiranya tanah anak negeri (Sabah & Sarawak), hakmilik tersebut perlu ditukar dahulu.
  6. Pemilik perlu dapatkan hakmilik berasingan dan tanggung kos bagi pembelian yang melibatkan sebahagian tanah dari sebidang tanah.
  7. Pembelian tanah beserta cadangan membina bangunan oleh pemilik tanah tidak dibenarkan kecuali cadangan pembinaan infrastruktur.
Tatacara pembelian tanah oleh kerajaan boleh dirujuk berdasarkan :-
  1. Garispanduan JKPTG. (Bil 2 Tahun 2003)

Walau apapun syarat yang dinyatakan di atas, ianya adalah prasyarat yang harus dipatuhi secara asas dan teori. Di dalam keadaan praktikalnya, terdapat juga kes-kes pembelian yang tidak mematuhi sebahagian prasyarat diatas. Hal ini boleh berlaku tetapi dengan syarat telah mendapat kelulusan khas dari Kementerian Kewangan atau apa-apa "keadaan tertentu" yang membenarkannya. Terdapat juga syarat-syarat yang membolehkan prasyarat diatas tidak dipatuhi. Cthnya: didalam kes-kes pembelian untuk tujuan Kolej Komuniti, terdapat pembelian premis2 dari pihak ketiga. Si A membeli dari pemaju dan menjualkannya kepada agensi kerajaan. Di dalam kes ini, surat kebenaran/ kuasa atau 'P.A' diperlukan dari pihak pemaju. SYMP...

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP